top of page

Peguam: Rakaman CCTV papar detik-detik terakhir model Belanda yg ditemui mati bogel di pangsapuri Ca


Rakaman CCTV dari sebuah kelab malam di Kuala Lumpur mungkin memaparkan detik-detik terakhir model Belanda, Ivana Smit.

Peguam Belanda, Sebas Diekstra, yang mewakili keluarga Smit, memuat-naikkan gambar pegun daripada rakaman itu di halaman Twitter semalam.

Diekstra berkata imej itu menunjukkan seorang “lelaki Amerika” mengusung model itu ke dalam sebuah lift.

Mengikut catatan masa pada video berkenaan, rakaman dibuat pada 7 Disember jam 5.22 pagi. Smit ditemui mati dalam keadaan berbogel di tingkat 6 balkoni sebuah unit di pangsapuri Capsquare Residences beberapa jam kemudian.

Dia dilaporkan tinggal bersama pasangan Amerika itu yang mendiami di tingkat 20 sebelum kematiannya.

Sementara itu, Free Malaysia Today memperoleh satu lagi gambar pegun yang menurut portal tersebut memaparkan seorang wanita yang tidak dikenali mengiringi Smit dan lelaki itu.

[iklan]

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page